Friday, December 17, 2010

" GREEN CONTEST " by GadesCHermin

Attention!!! Nak Announce ni.. Siti Anasuha Binti Rosly @ Anaz tengah/sedang menganjurkan contest " GREEN CONTEST" until 31 DISEMBER 2010. So, oleh kerana tema nya GREEN, aku WAJIB masuk jadi contestant coz ada word GREEN!! Korang taw je la kan blog aku MOSTLY green.. ;)

So, antara2 syarat yang dikemukakan adalah ;

:: semua gambar dengan baju bewarna hijau atau apa2 sahaja yang bewarna hijau !!
:: no edit2 ::
:: no pornography!! ::
:: tag 5 blogger len ::
:: buat penerangan mengenai gambar tersebut ::

Segala pertanyaan..korang klik link ini.. ;)

:: THATs ALL ::


Seperti banner yang cute dengan model kanak2 yang bertemakan GREEN, aku akan describe gambar kat bawah satu persatu dalam bentuk penceritaan novel...wakaka ::

---------------------------------------------------

Disuatu petang yang suram, aku menanangkan fikiran ke taman bunga terletak di Putrajaya. Suasana yang tenang dengan bunyi daun yang bergesel sesama sendiri serta angin meniup sayu menjatuhkan daun2 kering yang longlai ke tanah.


Hati terasa tenang dengan kehijauan alam serta pemandangan yang indah ditaman ini. Aku melangkah satu persatu batu tersebut dengan hati yang pasrah dengan berharap agar dapat mulakan hidup baru. Bagi aku , hidup ini amat membosankan tanpa teman yang memahami aku seadanya serta sentiasa menyokong aku disisi. Sebagai manusia biasa aku menerima qada' dan qadar ini dengan rela. Mungkin ada hikmah yang berlaku.

Bila aku sedang duduk termenung, aku ternampak sekuntum bunga yang merah mekar, terus berfikir bahawa hidupku umpama bunga tersebut ,mempunyai bunga yang mekar, segar serta hidup subur. Tetapi, ia hanyalah untuk seketika. Kumbang, rama-rama, lebah datang hanya mengambil debunga yang sedia ada dan terus pergi begitu saja tanpa sebarang ucapan. Apabila layu, tiada siapa yang mahu hampir kepadanya. Adakah semua manusia juga begitu, mengambil kesempatan dengan kesenangan atau kelebihan orang lain?? dan apabila seseorang itu jatuh terus ditinggalkan begitu sahaja..??

Aku kemudianya berehat dibawah pokok sambil melihat telatah-telatah manusia di taman ini. Begitu banyak ragam manusia yang susah untuk aku ungkapkan. Dari telatah anak2 kecil, sehingga yang tua. Tapi, yang penting mereka gembira dengan aktiviti2 mereka..

Hanya aku yang menyendiri disini. Mengapa ia selalu terjadi kepadaku?? Apakah silapku sehingga diperlakukan sebegini. Terlalu banyak liku2 yang telah aku tempuhi. Aku cuba melangkah perlahan-lahan sehingga menemui hala tuju hidup yang baru.

Aku meneruskan hari2ku dengan tabah. Mana tahu, terjumpa sesorang yang boleh memenuhi kekosongan hati ini setelah dihancurkan. Aku pergi salah satu showcase dimana terdapat pelbagai barangan yang menarik disini. Seperti biasa, aku berseorangan lagi tanpa peneman setia tidak seperti orang lain. Aku cuba berpura2 tersenyum, dan riang kepada orang lain untuk mengaburi perasaan yang aku alami, tapi tak ada siapa pun yang tahu apa yang tersirat disebalik senyumanku ini.

Tetiba, aku terpandang satu kasut bermanik. Aku sungguh terpaku melihat keunikan kasut tersebut. Mungkin kerana ia bewarna hijau dan dihiasi manik2 yang menarik yang cantik. Macam hidup kita juga, kalau dihiasi dengan amalan, pertuturan, perbuatan yang baik. Mesti cantik jugak. Aku berangan, teringin untuk menyarungkan kasut tersebut kepada seseorang satu hari nanti. Inilah nekad aku.


Aku kemudianya singgah di satu sudut, dimana terdapat barangan2 comel dan menarik. Tengah aku khusyuk memerhati satu persatu barang di kedai tersebut, tiba2 aku dapat rasakan yang aku telah diperhatikan oleh seseorang. So, aku terus menoleh, dan alangkah indah ciptaan Illahi itu. Teddy bear songket buatan terengganu ini adalah saksi segala bibit2 pertemuan aku dengan sidia. Pertemuan yang tidak disengajakan itu, menyebabkan aku terasa sangat teruja. Kami berborak2 dan berkenal2an pada waktu itu.

Dan, akhirnya hidup aku telah sempurna.,Alangkah bahagianya bila aku mendapat seseorang yang dapat memenuhi dan memahami kekosongan hati ini. Rupanya, sidia telah lama mengekori dan memendam perasaan terhadap ku.. Terima kasih atas segalanya, aku brsyukur..



** cerita ini adalah hakcipta terpelihara..ia adalah rekaan semata2 dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.. ;)

So nak tag;



**Itu saje....mintak maaf kalo terkurang or telebih..peace no war!!!!!


No comments:

Post a Comment