Showing posts with label | ADRIEN life |. Show all posts
Showing posts with label | ADRIEN life |. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

"KAWAN" itu kawan namanya..


-----------------------------------------------------

CINTA dan KAWAN berjalan-jalan di dalam kampung, tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam telaga...
Kenapa?...
Kerana CINTA itu buta...
tanpa membuang masa, KAWAN pon terjun ke dalam telaga tu gak...
Kenapa?...
Kerana KAWAN akan buat apa saje demi KAWAN...

-------------------------------------------------------

Korang mesti pernah dengar citer pendek ni kan. Kawan?? Pa makna sebenarnya kawan?? Kawan bagi aku, adalah suatu penting dan sebahagian dari hidup aku.

Korang nak taw kenapa??

Sebab, aku banyak menghabiskan masa2 aku dengan kawan2. Aku hidup dengan bernafas dengan adanya kawan2 disekeliling aku. Aku gelak, sedih, susah, suka, duka, senang, sentap semuanya kerana kawan. Aku suka berkawan.=, dan aku senang berkawan. Prinsip hidup aku, sekali kita berkawan selamanya tetap menjadi kawan. Pernah juga aku berlawan, tapi itu hanya sementara dan tetap juga berkawan.

So, kawan tu tak semestinya sama jantina dengan kita jer... Rite.. So, lelaki, boleh kawan ngan perempuan..n gitu jugak sebaliknya..Kawan tu gak tak mengira sesiapa dari segi umur, pangkat, warna kulit, agama,bahasa atau sebagainya..asalkan kawan yang kita ada tuh, kita rasa selesa bila berdamping denganya.

Honestly, aku ramai kawan2 gurl...So, x semestinya aku ni player or wut y korang pikir..?? n xsemestinya aku xde mmber2 laki..??

Actually, aku leh masuk ngan sume kepala..yela kan, dalam life macam aku, as a student, macam2 orang dah aku jumpe. Ada yang skema, de yang nakal, de yang bajet bagus, de yang poyo melampau, ada yang senyap, ada yang kaki gurl, de yang belagak giler, de gak y kaki clubbing, de yang kpala sempoi, de gak yang suka menyendiri, de yang perasan hensem, de yang tikam belakang, de yang jenis kawan makan kawan n macam2 ragam lagi yang payah nak di jelaskan ..Tapi, apapun aku tetap melayan diorang sebagai seorang KAWAN.

Kawan tu tak bermaksud kita terus terikut sama apa yang diorang salu wat, apa yang baik kita ambil, apa yang tak baik, kita nasihatkan. Aku pun, bukanlah seorang dak yang diketogorikan sebagai dak baik, tetapi, aku seorang yang friendly. Maybe, kat situ, ramai yang selalu shared pe masaalah diorang kat aku tak kira lelaki even gurl pun aku tetap jadi seorang pendengar setia masaalah diorang. Selagi aku boleh tolong, aku akan tolong sebaik mungkin. and kekadang aku lebih pentingkan kawan aku, dari diri aku sendiri. hahaha..

Tapi, topic yang aku nak ketengah kan kat sini, bila aku berKAWAN dengan gurl, salu jer jadi isu..

"Hah, isu!!! Isu pe plak??"

Yerla kan, bila laki n gurl kawan laen macam, nanti orang cakap, even mak aku sendiri pun cakap

"awek ke?"

Player la ko ni. "aetu ngan org len, minggu lepas dgn yang lain, aeni ngan yang mane plak ntah??"...

Pantang je aku bergambar dengan gurl. Teros kene sound. Tapi bagi aku, biarlah orang nak cakap apa..

"Takkan biarkan diorang mengata jer??"

Lantak diorang laa nak cakap pe, selagi diorang de mulut, nk mengata,ngata kan jer. Takkan la nk tolong sumbatkan mulut diorang bagi diam plak kan.. Janji kita taw, batas2 kita sebagai kawan, dah arr ;)

Actually, salah seorang besties aku seorang perempuan.. Oleh kerana aku kenal dia agak lama, tetapi baru rapat setaon lebih ni, dia taw serba sedikit hidup aku, dan aku amat memahami latar belakang dia. Kitorang satu classmate n memang sporting giler..Kalo, nak out g jejalan, ajak classmate lain, kitorang out sesama, ajak makan sesama, g merempit sesama, study sesama n everything ag la sesama. Dah macam belangkas. hohohoho



Thank you, Norfarahana Bt. Matjali for being a part of my life as a BEST FREIND.. ;)

-------------------------------------------------------------------

Haaaaaaa..
Cepat teka mata sapa nieyhh!!
Aku bagi prize tuk sapa yang jawab dengan betol..

Jawab2!!
1....
2...
3...
masa dah time... ;)

-------------------------------------------------------

Baru2 ni, aku terapat plak dengan seorang Blogger..Gurl gak..Siti Nur Fatihah Samsudin namanya..Berjinak2 diblog, dan bermanja2 di chat FB..hahaha..Lebih kurang 5 6 hari kenal rasanya, but rasa cam knal since dr kecik plak..means mcm de history laaa..dan2 jer..sebab dye salu cakap camtu, asyik de history jer, kalo de bende sama happen kat dye. Yang tak bleyh bla, since dye chat ngan aku, leyh plak dye ingat aku ni apek?? bukan apek khairul fahmi la..Apek cina tua..Bila aku cakap aku nak g semayang jumaat tgah ari semalam, leyh lak dye terkejot n tanya direct aku ni MUSLIM ker!!! Nek Blurr kejap aku diwatnyer...

Tapi, aku tak salahkan dye cakap cmtu, coz bukan dye sorang yang pernah cakap camtu, even, kalo aku p kedai cina pun cina kedai speaking chinese kat aku. So, aku sound balik la cina tu. Aku nak kata fluent tuh, tak la. but a bit ade arr~~ Sem lepas aku dapat A kot Bahasa Mandarin.. ;)

Menyimpang plak, pas dye taw aku ni Muslim, (siap aku proove lagi tunjuk gambar time raya 2010 aetu) baru dye caye yang aku ni Muslim. So, apa lagi, dye gelak kan aku. Sampai guling2 dye cakap. Then, aku tanye dye, sebab2 napa pikir aku ni chinese in 1st impression?? Dye jawab dengan jayanya...Nak taw apa jawapan dye.??? Dye siap tulis kat BLOG dye ag..ingat kan dye men2 jer..Korang leh klik [SINI].

Hahahha..jangan terlebih gelak plak tengok entry dye wat tuk aku. Gileerr spontann..Aku dah brapa kali baca dah..terharu jer rasa. n senyom sesorang kat depan laptop..hahahha..yela, pikir2 lik..memang ada betol pe yang dia tulis..pepun thanks for the entry. Kalo kita tak tanya orang sapa kita pada orang tuh, so kita tak tahu sapa kita pada orang lain. Pe yg ak mengarut ni..da ngantok da asenye..better aku p tdo dlo..sebelom ak mencarut ag..eyh222 mengarut ag...


Nota kaki untuk segala 1st impression yang di buat miss atty.

Pasal profile pixcha :: Subang tu, bukan tindik, just clip on jer. Sayakan budak jahat..wakakka

Hometown :: Saya adalah Melayu Sarawak asli. Xde2 mix2 k..hahhaa

Pakai suar pendek :: Saya telah dinodai..kui kui..Actually, time tu mandi kat PD. So, duk letih berehat kat pelampung. Saje mengedik wat pose cmtu. Jangat disalah ertikan. Tapi memang sy seorang yang SEXY.wakakkaka

Style rambut :: Style rambut asyik sama jer...so nk tukar style len plak pasni...




p/s :: Thanks to all member2 yang sentiasa ada diwaktu susah senang, hujan panas, banjir kemarau..hahahaha..korang memang BEST!!!!



Monday, January 3, 2011

Dugaan Oh dugaan 2011


Salam di tengah malam...1St of all, so sorry coz kalo x reply or comment korang nyer post this week. Takleh nk view, n follow korang. Bukan sengaja, but secara tetiba, TM streamyx kat rumah crash!! Tepon ngan center rupa-rupanya, bil 2 bulan tak bayar..*&^$%. Gilerr bosan bila tenet xde. Lgi2 la yang addict to surf internet, n berblogging ni. Cam tak sempurna je hari tak blogging. Maybe, I'm OFFLINE for a week bagi semua hutang di seatlekan. Online skrang pun merempat kat McD..hohoo.. Dugaan Oh dugaan.

Permulaan tahun baru yang amat mencabar bagi aku. Aku baru start class arini. So far, aku baru attend satu class jer. 2 class lagi aku ponteng,,kekeke.. Ponteng bersebab k. Coz aku de appoiment belajar kereta. Esok aku ada test JPJ. Wish me luck k..Hope jumpa Pakcik2/Makcik2 JPJ yang sporting..Dugaan oh dugaan.

Citer pasal Test JPJ tu, aku sedih plak..coz kerna korbankan wit tuk bayar lesen tu. Makan hati bila member2 lain g shopping. Bukan kena bayar lesen JPJ jer, sewa rumah, reference book, n etc ag kene bayar. Abih gak wit PT aku duk bayar semua tu. Tapi, tu semua untuk kegunaan aku gak kan. So, dugaan, oh dugaan..

Kepada follower2 yang setia, sila singgah dan comment ea entry2 yang de. Just leave ur link or msg kat sHOUTBOX. Bila keadaan dah kembali sempurna, I will FOLLOW ur back!! Dont worry....

" I LOVE MY COMPUTER COZ MY FRIENDS LIVE IN IT "



Friday, December 31, 2010

First Contest by Adam Haiqal


Kontest Oh kontest..Giler kontest da..Kali ni aku join Kontest Adam Haikal. So, bak kata Adam Haiqal..contest ni semua leyh JOIN..so, dengan muka tebal, aku pun JOIN contest ni..Contest yang dianjurkan oleh Adam Haikal ni adalah bertemakan ,

"Kenangan 2010 dan Azam 2011".

So, memandangkan dah nak hujung tahun 2010 ni, kalau nak imbas2 kembali tahun2010, terlalu banyak2 kenangan pahit dan manis nak diceritakan. So, aku nak ceritakan kenangan Manis dahulu then Kenangan2 pahit. Sebelom aku nak story panjang2 lebar..Dari tadi aku sebut Adam Haikal, Adam Haikal..Sape tuh???


Meh nk tunjuk banner Abang Hensem Adam Haikal..hahahha..mcm pelik je ayat aku ni!!..hoohoho..Xpe2..aku ngaku dye hensem dr aku..Aku pe je de..hahhaha...



::So, dah tengok poas2..kalo xnmpak gak banner tu..baek g check mata korang..sah2 Banner tu sebesar alam..so kalo korang nak taw dengan lebih lanjut, korang ley klik [SINI] ::

Back to topic, taknak mengarut panjang2..coz aku malas nak feeling2 lebih2.. Sebab dalam kenangan manis ni aku terpaksa menelan kenangan pahit jugak.. Go straight to kenangan Manis pada 2010 adalah saat dimmana aku mampu mendaki 5 Gunung dalam 2 Hari... 5 gunung yang aku telah jejaki adalah Gunung Brinchang, Gunung Irau, Gunung Berembun, Gunung Jasar dan Gunung Perdah...Betulke 2 ari ???? Betul la...kekadang aku pun x caya aku mempunyai stamina camtu.. Cam xde jantung je asyik panjat gunung...

So, layan dulu gambar2 ni..


Ni 1st day sampai. Sejuk gilerrr!!! View cam kat korea jer kan.. ;)


Suke gambar ni coz sangat nmpak kekoreaan..wakakaka.. **ambik feel jap


Hoyeahhh!! at last sampai jugak puncak pertama.. Muka semangat!!!


This is my besties..We are now at Gunung Berinchang. p/s :: Sape single ag leyh je usha..kaki gunung gak ni..t sape nk..t tlong sampai kan salam tu ;)


Next, kitorang sambung perjalanan ke next destination. Gunung Irau.


Saat gumbira ngan classmate biler sume semangat nek gunung beramai2.. Semangat setiakawan yang penting..oyeahh!! panjat2 lagi..


Oitttt!! skodeng pe tuh???


lol...x senonoh tol.. **pdahal saje jer nk amik aksi ni..coz aku jurufoto kaki skodeng..hehehe


Nape aku suka hijau..bcoz aku suka view mcm ni..korang rasa tenang jer. Thats y jagalah keindahan bumi anda. ;)


Setelah 3 jam setengah penat mendaki..Akhirnya sampai jugak puncak Gunung Irau..Penat wehh !!!


Ambik gambar ngan dak class..Kenangan bersama ketika dipuncak. Boleh kata majoriti yang ikut ni dak class je la. Padahal ni adalah anjuran kelab KEREX..Then, lepas hilangkan penat, ambik udara segar dipuncak gunung. Get ready tuk turun balik..hoh


--------------------------------------------------------------------------------

:: 2nd day ::

Seawal pukul 6 pagi dah bangon, n senam2 sume. pukul 7 dah gerak pegi next gunung. Gunung yang dimaksudkan adalah Gunung Berembun. Gunung tuh belakang kitorang nyer kem jer. Tapi, gunung tu mmg sakit. Berapa banyak la dye punya pacak..Pacak 70 darjah kot..Lenguh lutut..wakakaka.. Tapi..

Antara yang terawal gak yang sampai...sebab tu la gambar x banyak kat sini. Coz berpecah ngn classmate.. ;).. Ambik satu jer sebagai kenangan..


Ini puncak gunung ke-4. Gunung ni memang sejuk dan berkabus. Takot hilang dalam kabus tebal..hoho..api time ni belum berkabus lagi..hehehe..Nice view kann ;)

Nampak tak muka kepuasan semua orang. Nampak tak semua kelua tangan LIMA tuh.. Tu tandanya kitorang dah redah ke-lima2 Gunung dengan jayanya. Time ni kitorang dah sampai Gunung Perdah. Gunung yang terakhir yang kitorang jejak.


Ni la detik2 manis setelas kesemua peserta selamat naik dan selamat turun. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..



So selepas mendaki ke-lima2 gunung..kitorang turon ke tanah rata. Merentasi perkampungan orang asli sume. Berjalan berkilo-kilometer ke tanah rata. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dan semua berpuas hati dan berasa berbaloi dengan aktiviti camni walaupun masing2 nampak muka letih gilerr...So, inilah pengalaman manis yang aku tak dapat dilupakan. Kaki aku sampai cagu 2 ibu jari coz pakai kasut getah. Melecet pe sume. Tak kira lagi dengan luka2 disebabkan dahan2 tajam, ranting2 kayu tertusuk ke kulit..hohoho..walaupun sakit, ia hanya sementara, tapi kenangan diingat sampai bila2..Thanks to all joining it.


------------------------------------------------------------------

:: Kenangan Pahit ::

Kenangan pahit aku, apabila 26 Jun 2010 aku telah dikhabarkan bahawa bestfriend aku, adik aku, kawan aku, n orang ingat dia adalah aku...telah "tiada". Aku terlalu kenal dia sampai kitorang tak nak balik Sarawak n Sabah coz nak keje sama2 di Melaka ni, time cuti sem sementara nak tunggu masuk keputusan intake masuk Degree. Kitorang sanggup sewa rumah 2 orang jer tuk survivekan diri disini. So, kitorang sama2 apply kerja yang sama di 7E bukit beruang. Akhirnya kitorang dapat kerja disitu. Manager 7E time tu Kak Siti namanya. So, kak siti salu jer keliru ngan kitorang. Coz muka kitorang sama. Salu bergurau ngn kitorang cakap mane adik, mana abang. Time kerja, kitorang kekadang tak sama shift. Bila aku kerja, arwah dirumah. Bila aku dirumah, so arwah tukar shift plak. Ingat lagi, akula transport dia. Dok mengantar, mengambil. Dia cakap nak amik lesen nanti. Coz kata xnx susahkan aku duk ambik n anta. Aku cakap, aku tak kisah, coz member2 kan. Banyak kenangan aku ngan arwah. Yang best nya, arwah banyak koleksi baju2 dan seluar, da leh bukak kedai bundle da. So, aku dengan x malu men pinjam je. Tapi aku basuh lik la..Arwah bukan jenis yang pelokek taw. Dia kasi jer. Menitis gak air mata aku duk cita nie..adohhhh!!! Mals nak kenang lebih2, hanya yang pernah mengalaminya yang paham..Tapi yang penting, arwah la dak yang paling baik yang aku pernah jupe. Sape yang taw aku rapat ngan dia time diploma dulu taw la. Memang rapat sangat. Tak sangka plak bila dia dah takda. Allah lebih sayangkan dia. Bila FB suh aku reconnect ngn dia, aku cam sebak plak. Teringat macam2 kisah dengan dia..hohohoho.. So, kat bawah ni adalah bingkisan2 gambar yang aku sempat share...


Gambar ni masa kitorang mendaki sesama.


Time Konvo Diploma. Baju pun nak sama. Tulah orang cakap kitorang kembar.

:: So sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Hadizan B. Abu Latip atas pemergianya pada 26 Jun 2010.. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan berada digolongan2 yang beriman..Amin ::



“Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian menemukan semula.

Andai kematian punca perpisahan biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata”



:: Sorry kalo, story berbelit2..coz spontan jer bercerita nie...huhuhu..tengah nak coolkan diri. ;) ::

----------------------------------------------------------------------

-Azam 2011-

1) Nak mengeratkan lagi silaturrahim ngan member2..coz bagi aku, aku pentingkan friendship..
2) Belajar untuk mengenali hidup. Cintakan alam sekitar. Cintakan ciptaan Tuhan.
3) Jaga hati member2.
4) Naikkan pointer.
5) Belajar simpan duit. Asyik bocor je poket ni..
6) Dicurahkan kasih sayang yang melimpah ruah..oleh.....
5) Tunaikan azam2 yang x tertunai..

**Tu jer kot wat masa ni..dah cukup panjang da,,sori ar bro letih duk skroll panjang2...ak wat ni bukan nk kejar kemenangan. Just nak munasabah diri, n pada yang sama mengimbau n share kenangan2 yang penuh bermakna 2010 ni..Terlalu banyak kenangan nak diceritakan, tapi cukup dan memadai yang ni jer nak disampaikan. Karang berpage2 plak..hehehehe..

Kepada wani..join la.. ;)

p/s :: thanks coz sudi keep reading sampai word yang terakhir. thanks coz adam haikal coz adakan contest camni disamping aku masuk kontest disamping tu jugak aku leh share kat blogger lain, n pada yang sama nk luahkan apa yang aku rasa.. Thanks for all..Sorry kalo terlebih or de pape yang terkurang..Aku manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.. ;p

Tuesday, December 14, 2010

Ashamed !!


Salam..semoga anda para pembaca Happy2 sokmo harini.Aku pulak terlebih happy sampai malu diri sendiri.Ok2.Straight to the point..Introduction dye camni, semalam aku mintak keje ngan kedai dobi, then ade interview, dye tanye biler free..so aku cakap petang la, coz pagi aku ade temujanji dengan Abang Hairul pasal belaja kereta tuh.

So pagi tadi, seawal 7 pagi aku bangon, dengan bantuan 2 alarm dari fon aku. Mule2 cam mlas je bangon, tapi dah janji da kan. So, mandi2 terus pecut pergi Institut. So, duduk la termenung duk menunggu bila la nak training ni. Aku da bape kali menguap da. Pas tu Abg Hairul datang. Tapi, dye x tegur aku. Heran gak. So tunggu punya tunggu. Tak gak dye panggil aku. Aku la jenis orang yang tak suka tunggu2 lama nie. Kalo boleh on the spot..

Then, aku jupe Abg Hairul dengan muka tebal.

" Abg, bila saya nk start training?" kata aku
"Aik, bukan saya cakap pukul 4 petang ke? Pagi ni ade test JPJ la" kata Abg Hairul
"Lol..yeke? Aritu abg SMS saya suh datang kul 8. Blaja kete" kata aku.
"Mane ade, ko yang salah baca mesej ni..Abang cakap pukul 4 la.." kata Abg Hairul
"Ermmmmm..tak per la abg. Kalo petang ni awal sejam boleh abg? kul 3 ker, sebab kul 4 de hal lar." kata aku
"Nanti abang mesej ko, kalo tak hari ni..pagi isok k" kata Abang Hairul
"Ok..Ok..thanks abang" kata aku..

Perghhhh..malu sial pastu...bagus ak tido jer tadi..poas ak menunggu rupanya salah time..n aku pulak yang salah..adoisshhhh!! sabo jer la..

p/s:: dari situation ni..mesej yang aku baca and dapat dari abg hairul memang pukul 8 hari selasa.. Nasib bek aku da delete mesej tuh..kalo tak,aku dah print screen da..So dats y la aku datang awal arini. So, pengajaran dari citer ni, kalo korang berjanji dengan orang yang always "BUSY" korang kene surekan bebtol date korang..tanye malam sebelom nak pegi tuh..karang kalo tak jadi, masa tido anda terbuang dengan sia2 ok..wakakaa.. ;)

Thursday, December 2, 2010

Allergy Test

Entry ni aku nak bercerita plak pasal Allargy Test, bcoz tadi aku baru buat Allergy Test kat Hospital Melaka. Appoiment kol 2.30p.m..n rasanya aku bertolak dari rumah 1.45p.m..Then nak cari tempat tuh rasanya setengah jam aku dok pusing satu hospital cari bilik ENT allergic test... Macam2 je dugaan ak dapat..padahal xlama ag 2.30p.m da...

-------------------------------------------------------------

Apa itu Allergy Test??

Sape yang x tahu pe itu Allergy Test..ia adalah salah satu ujian untuk alahan pada kulit.Ia adalah satu kaedah untuk diagnosis perubatan alergi yang bertindak balas terhadap kulit, dikawal serta respon allergi terhadap kulit. Ia menggunakan allergan yang berbentuk chemical liquid untuk menguji allergi di atas permukaan kulit.Ia mengambil masa setengah jam untuk bertindak balas. Dan hasilnya setelah setengah jam, jika terdapat alahan, kulit akan menjadi merah dan berbintat..Pesakit akan berasa gatal setelah tindak balas dengan bahan2 allergan tadi.

---------------------------------------------------------------

Monday, November 29, 2010

Menyendiri Lagi

Setelah habes FINAL aritu..baru ader mase nk masok entry baru...so sorry lar yer...by the way, skrang tengah cari pocket money tuk survive diri sendiri kat bumi semenanjung nie..dan pada yang sama, aku nk wat driving license..hohoho...aku xbalik sarawak...cam malas nk bazirkan beras kat rumah...bia orang rumah rindukan aku..hehehehe...lagipun aku ade appoiment dgan doc pakar 2/12 n 27/12... hopefully semua bejalan lancar..n hopefully gak aku dapat wat operation secepat yang mungkin..cukop la sampai disini untuk memberitahu keadaan sebenar sekarang n pe yang aku wat tuk sebulan nie.. ;)

Sebelum tu nk request satu lagu yang seswai tuk time ni..tgah menyendiri..like this song ;)

Saturday, November 13, 2010

the FINAL is BEGIN...


13 November..start sudah FINAL ak..1st paper tadi, MANDARIN. Haram J...hahahhaa..berbaloi dengan apa yang di study.. Belajar menggentel pe sume..Menghafal pape yang patot...



Jawab ape yang rasa confident je jawab tadi..Yang bestnye time jawab tadi, nak cari jawapan dye macam men jigsaw puzzle.


Cari gentel2 tu pe meaning dye..so nak cari kene selak2 muke yang lain...Xtaw makna abes la..terkankang jawab pastu....
Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran ak xtido + penat dapat gak jawab semua..BUT xtahu betul salah lagi...hahahhaha..hopefully, dapat B+ pun jadila walaupon tahu dapat A solid (sifat rendah diri mesti ada...hahahhaa)..amin ;)


Saturday, November 6, 2010

hari2 yang TABAH~~


Dengan tabah aku meruskan hari2 ku...walau apapun yang berlaku pada ku, itu hanya cubaan yang diberikan oleh ALLAH untuk aku sebagai hambanya..Hari ini, aku telah di uji dengan pelbagai dugaan dan cubaan..bermula pada pagi tadi, aku tak boleh tidur kerana angin dalam badan yang membuatkan ku tidak selesa. Maybe aku, jarang breakfast then aku makan kuah kambing. Aku makan 2 keping capati then, sayangkan kuah kambing yang ade, aku oder lagi 2 roti kosong. Then balik ak dapat padah nya. Aku sedaya upaya untuk tidur, tapi asyik kene serang je ngan angin tuh. Dalam kul 11 plak..ttiba kazen aku tepon aku..ingatkan saje2 kol nk tanye khabar..sebab mmg kitorang rapat jugak pun..bertanyakan pasal life masing2..tapi ttber dye citer pasal pak ngah aku meninggal..sayu jer hati bile dgar salah sorang yang salu peluk aku time aku kecik sampai besar..salu manje2 kan aku walaupun aku dah besar...slalu hiburkan hati ku sampai skrang..ttber xde..paling last jupe dye pon time solat raya aidilfitri aritu..time khutbah ak p salam peluk cium die..coz ak aru jupe dye since ak baru balik kampung..dye pon seronok and xcited jupe ak tros cium ak...pelok ak...x sangke plak..time tu adalah saat terakhir ak peluk dye..time tu saat terakhir ak cium dye...sangat sedih bila ak kenang balik pak ngah ak...ak pon teros x tidur biler terkenangkan pak ngah ak...then ak pon tepon mak and tanye pe yang berlaku...dengan air mata yang ttber membasahi pipi, dengan suare sayu..mak menjawab..pak ngah ko dah xde...dye kene strok..hati ak bertambah sebak...aku cakap kat mak " Mak, tolong sampaikan salam saya kat keluarga Pak Ngah coz x dapat hadir, macam kazen2 y len...Saya hanya mampu berdoa apa yang terbaik tuk pak ngah..." sedih dan pilu biler xdapat nk tgok pak ngah pada saat akhir,xdapat nk peluk,cium even mintak maaf kalo aku de buat pak ngah tersinggung hati atau pape yang melukai hati pak ngah, xdapat tgok arwah dijenazahkan, xsempat sembahyangkan pak ngah, xdapat nk tolong gali tempat pak ngah...yang aku dapat buat dan kirim untuk bekalan pak ngah hanya bacaan yassin dan doa untuk pak ngah ku yang tersayang..terasa sangat biler kiter kehilangan seseorang..sekarang aku amat takut biler aku amat menyayangi seseorang dan kemudian kehilangan seseorang itu..Ia amat perit biler kehilangan orang yang tersayang..aku tahu ajal maut semua ditangan Tuhan...n semua itu telah di atur olehNYA...air mata ku terus berlinangan dan amat memrlukan sombody untuk calmkan ku..tapi..aku try control perasaan ku..dan elakkan kesedihan pada muka ku..kalo pak ngah tgok aku bersedih atas pemergianya..mesti dye pon lagi sedih...jadi aku jusz redha dengan apa yang berlaku..ALLAH lebih sayangkan pak ngah...(al-fatihah).
Tanggal 5 NOV 2010 (Jumaat)..pak ngah ku telah ke-rahmatullah..dan semoga roh nya berada didalam golongan2 yang beriman...AMIN~~

Aku cuba untuk menyembunyikan kesedihan pada kawan2 ku jauh di lubuk hati ku...Aku xnk mereka nmpak kesedihan tu..so jusz act mcm biase tp pada realitinya masih teringat2 lagi ngan pak ngah..aku p kua ngan kawan2 ku dari pas isyak sampai kul 1...mereka telah mengubat luka2 dalam hati aku dengan menunjukkan kegembiraan pada diri mereka. siapa yang x suka gembira..tapi biarlah kegembiraan itu berpada2..dalam kegenbiraan tadi pun ade jugak luka...tapi biarlah..aku pun malas nk pikir pasal tu..pepun hari-hari mendatang aku doakan supaya aku lebih tabah untuk menangani kesedihan ini, lagi2 lah nk FINAL ni..amin...

Thursday, November 4, 2010

Jalan2..isi perot dengan ASAM PEDAS MELAKA

Entri ni aku nak ajak korang tempat makan Asam pedas yang paling mantop. Melaka kan popular dengan Asam Pedas. So, dulu masa bapak aku datang sini dulu time konvo diploma, warung ni la aku ajak dulu sebelom g bawak tempat2 makan lain. Bagi aku, asam pedas sini BEST gak la. Harga pun berbaloi. Banyak pilihan Asam Pedas de kat sini. Antaranya, tetel,kembung,pari,tongkol n etc. Lupe lak nak bagitahu yang nama kedai ni ASAM PEDAS MALINJA. xjauh dari kedai APPLE BEGER kat Hotel straits medetrenian ..pepon korang view la gambar2 yang sempat kitorang ambik.. ;")



Masok dalam kedai cari port duduk baek punye.Then,kitorang p oder la..chickenchop 6rm...n nasi set asam pedas Malinja..aku tak pergi sorang tapi bertemankan housemate (Bear, Faruqi n Eddy).

BEAR dengan penuh semangat nak makan

FARUQI..as orang tua..kene duk camtu..

EDDY...ni dak temoookk si jari pendek..hahaha

ni la rupa nasi set ASAM PEDAS PARI MALINJA..sebab banyak2 menu yang aku tengok, pari lebih menarik dari lauk asam pedas lain.


Tak puas dengan Asam Pedas, aku try plak Chicken chop 5 hengget..sedap gak weyhhh!!


Sepatutnya ada satu ag menu yang menarik minat aku, tapi dah abis da...dah abis show. Show yang aku cakap tu bukan BLUE2 keyh..show tu show roti terbang..Giler beb kalo tgok..makan pon asyik duk takot terbang ke muke jer...wakakaa..pepon suggest korang makan sini la sebab aku kadang2 lepak sini gak.. ;) selamat mencuba...





Friday, October 15, 2010

LiFe after raya...


After raya, life being quite busy.U know why? Biasalah kalo life as a student ni, memang tak lari dari dari assignment, test, quiz or watever jenis keje yang memeningkan kepala. Tapi minggu ni plak, rilex sket coz semua killer subject dah lepas. Berdarah gak otak jawab Test 2 EMT tuh. Soklan kalo study awal boleh je jawab. Bak kate master EMT, sure dapat fullmark..hohohoo...tapi nk wat camner, lain orang, lain kepala hotak dye. De yang jenis cepat tangkap, de yang jenis lembab sket, Maybe aku jenis kepala hotak yang average kot. Tapi tak per la, sume dah lepas. Redha je bila dapat kertas nanti. tak tau ar pe jadi sem ni, macam down jer. Tak yakin jer subjek ape yang boleh skor. Tanamkan keyakinan pada diri sendiri jer la. Ingat pesan family, datang belajar jaoh2, so kene survived jugak la jawabnyer. Miss my family already!!! ;(



Saturday, September 11, 2010

FAMILY wallpaper

Honestly,ni baru 1st time kot bergambar satu keluarga kat rumah sendiri. By the way, rase excited sangat2 n best bile tgok gambar keluarga. Ntah, maybe sume ade dan sume all in red..hehehehe...I lurv my family.. ;)


Friday, September 10, 2010

Wallpaper Hari raya 2010


Salam Lebaran kepada semua muslimin dan Muslimat serata dunia..mintak maaf yer kalo banyak salah silap..n nak nyatakan bahawa rien maafkan sgale dosa2 korunk..hopefully kiter 0-0 ea ;) .. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin...




RESIPI: Kek Lapis MiLo Coklat Chips

Bahan A :
15 Biji Telur
50 gram gula Castor
1 sudu Ovallte

**pukul bahan A hingga kembang

Bahan B:

250 gram tepung gandum
500 gram mentega
390 gram susu manis
340 gram kaya

** campur mentega,susu manis n kaya dlo..then masuk sket2 tepong gandum..pukul sampai gebu..

choclate chips (500 gram)

CARA MEMBUATNYA :

~ Campurkan Bahan A dan B, kemudian bahagikan kepada 2 iaitu
+ 1 bahagi milo (250 gram)
+ 1 bahagi horlick (200 gram)

** bakar adunan milo, kemudian bakar adunan horlicks,ditabur coklat chips..

selamat mencuba....sedappp ;)




bahan A dipukul sampai kembang

bahan A n B akan dicampurkan.

adunan dibahagi kepada 2 iaitu Horlicks n Milo.

selepas lapisan Horlick diratakan selepas lapisan Milo dibakar..coklat chips ditaburkan..

Kek Lapis Milo Coklat Chips sedia untuk disediakan di pagi lebaran ;)

Wednesday, September 1, 2010

baju raya

Posted by Picasa