Thursday, December 16, 2010

DETAIL about Male & Female yang perlu korang tahu..


Seperti yang kita tahu, lelaki dan wanita memang mempunyai perbezaan dari segi fizikal, emosi,pemikiran dan sebagainya. Kali ini, aku nak share kat korang perbezaan dari segi pemikiran atau pengamatan antara lelaki dan perempuan dimana masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Oleh itu, perlulah kita saling amat memerlukan serta bertolak ansur dalam hal2 tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masaalah dengan bijak. Terjadi kepada seseorang yang mengadu kepada aku tadi, yang mempunyai masaalah dalam hubungan mereka. So, harap2 entry perbezaan antara lelaki dan wanita dibawah ini dapat membantu beliau serba sedikit serta paham situasi masing2..Antara perbezaan2 yg ketara yang boleh kita tengok ialah ;

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita;

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan
oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga;

Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus;

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya;

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang
wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita
diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak;

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah
mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan
perasaan;

Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan
pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan
membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu
objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan
banyak benda;

Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga
perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar
rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki
membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,
surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada.
Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek,
ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen,
pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku
telefon, tuala ehem.. ehemm...dan macam-macam lagi.


Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan
pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila
sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan
penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit.
Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya
selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak
hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza.
Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya,
suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila
keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan
hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si
isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak
ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia
mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana
kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila
masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu
persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan
bezakan. Kemudia pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat
pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan.
Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin
dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama
seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada
lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika
mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila
keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak,
kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.


P/s :: Akuilah kita berbeza. Perbezaan antara lelaki dan wanita bukanlah untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan
seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana
perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu,
kita berbeza supaya saling sayang menyayangi. Peace no war !! Hope orang2 yang berkenaan saling berkasih sayang antara pasangan dan berkekalan ke akhir hayat. ;)


No comments:

Post a Comment