Saturday, November 6, 2010

The Miracle of GAMBIR Sarawak

Sebelum ni, ramai orang xprasan yang aku ni Sarawakian..and ramai pikir aku ni Chinese..Bila aku cakap aku ni Sarawakian and Malay..spontan diorang cakap "xcaye ar, tipu lah, xnmpak sarawak n melayu pun"...hahahhaa..ak just mampu tergelak jer...pas tuh bile tahu aku ni Sarawakian..Soalan pertama yang ditanya dengan ak..de bawak gambir x? hahahaha...Biasalah, nama Sarawak kan memang sinonim dengan a miracle of Gambir Sarawak nye..pada masa yang sama,ramai gak yang xtahu apa Gambir Sarawak sebenarnya. Dalam entry ini, aku akan story kat korang, binatang apa GAMBIR tu...macam mana nk gune, n mana korang boleh dapat benda
tu..

---------------------------------------------

Gambir ?? Pe tu ??

Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ ialah sejenis tumbuhan manjalar yang mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Ia biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China.

Di Malaysia, ia terdapat di hutan tebal negeri Sarawak dikawasan pedalaman di bahagian Long Panai dan Marudi. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Kat bawah gambar pokok gambir.


----------------------------------------------------

more story about GAMBIR..


Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di sana kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah bandar raya Kuching.

Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat
hipertensi dan pening kepala selain sawan.

Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.


Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai, berkata cuma Gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat keperkasaan lelaki kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu digunakan hanya untuk tujuan perubatan.

Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula, Chai berkata, gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.

Sehubungan itu, Chai yang juga perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa berpendapat khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal.

------------------------------------------------

Cara-cara menggunakan..

bagi tujuan sakit gigi atau terkena sengatan serangga ;

Potong Gambir Sarawak sedikit dan letakkan ditelapak tangan. Kemudian campurkanya dengan air bersih. Kalo xde air, air ludah pon boleh. Gosok sehingga menjadi cecair. Selepas itu sapukan pada tempat yang terkena sengatan atau tempat yang sakit.

bagi tujuan untuk tahan lama semasa mengadakan hubungan kelamin ;

1) Titiskan air ditelapak tangan (xde air?? air ludah, air mata..pape air leyh je gune) janji basah..setitis je..
2) Gosok hujung gambir pada bahagian tangan yang basah oleh titisan air tadi (depends on air ape yg korang guna) sampai air tadi menjadi lendir aka getah (mix antara gambir dgan air td)
3 )Sapu pada bahagian atas dan bawah kepala ehem2 korang..sapu seket je...asal basah...(1st time maybe rase panas sket..tapi kalo dah salu gune dah leyh paham da..-mengikut kata2 pengguna larr)
4) Habis sapu..biarkan selama 3-5 minit..
5) Then, cuci bersih korang punya tuh dgan sabun...dan keringkan..
6) 30 mnit ptama..korang mmg rase panas..macm letak balsem je..tp don't worry..tengah kebas lar tu...(so, now its ready to use)
7)Then bila dah *&^%&$* sejam pastu..rase hangat akan hilang...kalo tahan sejam larr.. ;)


---------------------------------------------------

Side effect ada x??

Setakat ini pakar2 tidak menemui dan belum ada asebarang kes akibat penggunaan Gambir Sarawak..Even aku sendiri pon xpernah dgar pape pon kes dari Gambir nie..So just proceed it's OK and SAFE gune la...Ini kerana Gambir Sarawak adalah satu herba dan ianya tidak bercampur dengan sebarang bahan kimia..

-----------------------------------------------------

Pakaging Gambir Sarawak...

Boleh didapati dalam kepingan atau botol..
dalam Botol mmg teros pakai jer..xyah tambah air....

--------------------------------------------------------------------

Mana boleh dapat ??

Korang leh dapatkan Gambir Sarawak kat Jalan Gambeir, Kuching. Kat situ memang port jual bende tu..korang jalan2 kat situ, tgok ada table2 depan2 kedai tuh...for sure kalo bukan jual kek lapis dye jual Gambir la tuh.. ;) Kalo ada yang nak..nanti aku pulang nanti aku tolong belikan.. 10rm jer..member2..hahahhaa..~ selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment