Luka terubat kembali apabila kemenangan pasukan Harimau Malaya membaham mudah pasukan Garuda pada 26 Disember 2010. Tiupan wisel penamat dengan jaringan Malaysia 3- Indonesia 0, meyakinkan para penonton Malaysia berpesta sakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan Kemenangan ini juga, Malaysia layak menjulang trofi Piala suzuki AFF buat kali pertama.
Penjaring Terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 adalah Safee Sali atau nama penuhnya Mohd Safee Mohd Sali dengan meledakkan 4 gol sepanjang AFF berlangsung. 2 gol sumbangan Safee Sali hadir pada Final Piala Suzuki 2010 dan 1 gol oleh Mohammad Ashari.
Oleh kerana, Harimau Malaysia telah menjulang Trofi Kemenangan Piala Suzuki Cup, kemenangan tersebut telah menjadi bualan ramai khususnya pihak lawan dengan "Isu laser" yang menyebabkan kekalahan pasukan Garuda. Adakah itu logik?? Standard ar kalo kalah banyak je alasan2 dan fatwa2 yang keluar dari pihak lawan..
Sebagai contoh, yang aku sempat search kat keratan akhbar Suara Karya Online :
untuk lebih lanjut klik [LINK]
Lagi akhbar yang tidak berpuas hati menyuarakan pendapat..WaspadaOnline
untuk lebih lanjut klik [LINK]
Propaganda Laser yang diwar-warkan pihak lawan...Republika.co.id
untuk lebih lanjut klik [LINK]
Then, kita tengok pulak bukti2 yang sedia ada terpapar di Youtube. Masa kekalahan Malaysia 5-1 kepada Indonesia. Tengok Minit 4:03 dimana laser dituju tepat kepada player Malaysia. Nampak kan..So, tak ada pun kecoh2 heboh kutuk Indon men tipu..
Bukti kedua.. masa match Philiphine 0 - 1 Indonesia. Cahaya Laser ditujukan kepada penjaga gol Filipina. Motif kalo Fan Malaysia yang duk suluh2 penjaga gol Filipina time match ni?? Len la..
So, lastly..Think positive.. Biarlah alasan tu masuk akal skit. Terimalah kenyataan. Bukan Kalah 3-2 or 3-1 pun. 3-0 JER. Jangan jadikan laser sebagai alasan. Kalo kurang supporter or strategi xde ke, or Malaysia kuat sangat ker boleh gak dipertikaikan.Dan yang pastinya setiap permainan ada yang menang dan ada yang kalah, kalo tak pun seri. Lepas ni mesti ada papan tanda dilarang membawa laser di stadium..hohoho..Tak ada isu diskriminasi disini ea. Just nak shared dan kupas isu kecil yang dibesar2kan ni.uishhh!!
Credit pix to : The Obefiend Blog Addict Anonymous
Ok, next match, nantikan perlawanan seterusnya perlawanan Final league 2 Indonesia - Malaysia pada 29 Disember 2010 di Jakarta, Indonesia. Kita tengok taktik dan strategi terbaru yang akan muncul. Adakah ia berulang lagi?? Tungguu...
aah la bro.;. sebok nak kecoh.. dari semalam lagi aku dah baca pasal laser-laser nie.. siap gaduh lagi org indon dengan malaysia dalam twitter.. penonton dorang pakai laser takde pun kita nak kecoh.. biasa la.. dorang nak menang.. tapi kalah.. mula la bagi alasan bagai..
ReplyDeletestandard la kalo kalah...4sure macam2 alasan n xpuah ati timbul. Manusia mana pernah puas..hahaha
ReplyDelete