Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnianya,bulan Zulhijjah akan melabuhkan tirainya dan seluruh umat Islam sibuk untuk menyambut Awal Muharram 1432 Hijrah. Bersempena dengan Maal Hijrah atau Awal Muharram ini, marilah kita bersama-sama munasabah diri dengan menghayati bulan yang mulia ini. Walaupun aku tak arif sangat dalam soal agama, aku akan cuba kongsikan serba sedikit dengan korang pengertian Muharram serta peristiwa2 yang berlaku pada bulan Muharram, Sejarah Asyura, Keistimewaan Hari Asyura, Doa Awal tahun dan Akhir Tahun dalam entry kali ini.
Pengertian dan Sejarah dengan Ringkas
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Pada setiap Maal Hijrah, Malaysia diisytiharkan sebagai cuti umum bagi menyambut titik permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Bermulanya kisah perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.
Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.Secara istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
-------------------------------------------------
Sambungan Sejarah bulan Muharram...
Seperti yang kita tahu,bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia adalah bulan Allah SWT,bagi menandakan kemulian dan kelebihannya.Ini kerana Allah SWT dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam.”
Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang disebut oleh Allah swt di dalam ayat-Nya:
“Sesunguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…” (at-Taubah: 36)
Dalam bulan yang mulia ini, terdapat satu hari yang bersejarah dalam diari Umat Islam, iaitu hari `Asyura.
----------------------------------------------------
Sejarah Hari 'Asyura'
Salamah bin al-Aqwa’ R.A. meriwayatkan: Maksudnya:
“Bahawasanya Nabi S.A.W. telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari ‘Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa).” (HR al-Bukhari)
Aisyah r.’anha berkata:
“Adalah umat Islam dahulunya berpuasa ‘Asyura sebelum difardhukan Ramadhan, hari tersebut adalah hari orang-orang Jahiliyyah menyelimuti Ka’bah (dengan kain selimut), apabila Allah menfardhukan Ramadhan, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang hendak berpuasa ‘Asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak, tinggalkanlah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada pertengahan tahun kedua hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari ‘Asyura dan kekal hukumnya sebagai sunat. Puasa ‘Asyura ini tidak diwajibkan melainkan pada peringkat awal Hijrah ialah pada tahun pertama sehingga pertengahan pertama tahun kedua Hijrah. Setelah daripada itu, pada tahun ke-10 hijrah Nabi S.A.W. berazam untuk berpuasa ‘Asyura beserta dengan hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram agar berbeza dengan Ahli Kitab yang juga berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.
----------------------------------------------------
Peristiwa penting pada Bulan Muharram
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada hari ini juga, Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul2nya. Antara peristiwa2 yang berlaku pada hari 10 Muharram ialah :
:: Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
:: Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
:: Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
:: Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
:: Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
:: Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
:: Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
:: Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
:: Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
:: Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
:: Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
:: Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
:: Hari pertama Allah menciptakan alam.
:: Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
:: Hari pertama Allah menurunkan hujan.
:: Allah menjadikan 'Arasy'.
:: Allah menjadikan Luh Mahfuz.
:: Allah menjadikan alam.
:: Allah menjadikan Malaikat Jibril.
:: Nabi Isa diangkat ke langit.
----------------------------------------------------
Amalan Sunat Di Bulan Muharram
Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:
* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
Abu Qatadah berkata, Nabi S.A.W. telah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, baginda bersabda:
“Ia (puasa ‘Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Dalam riwayat yang lain,maksudnya: “Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)
Hadith diatas jelas merupakan anjaran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil.
* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi seluruh umat Islam berbuka puasa.
* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berterusan 50 tahun melakukannya.
* Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
* Mandi sunat. Niatnya “Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala.” Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
* Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
* Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan supaya hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
* Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
* Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
* Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
* Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
* Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
* Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
* Membaca surah Al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.
----------------------------------------------
DOA
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
p/s :: Daripada entry ini, dapat aku simpulkan bahawa, terlalu banyak nikmat, kelebihan, kemuliaan serta peristiwa pada bulan Muharram ini. Jadi, marilah kita bersama2 menghayati bulan Muharram yang penuh dengan keistimewaan terutama pada 10 Muharram, iaitu hari Asyura dimana pada hari tersebut banyak ditekankan dengan peristiwa2 yang berlaku pada zaman2 rasul. Menghayati bulan Muharram ini dengan amalan sunnat tadi dan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun adalah digalakkan. Inshallah penghayatan bulan Muharram akan lebih bermakna bagi kita sebagai seorang Muslim dan bermulalah satu titik penghijrahan pada diri kita untuk tahun Hijrah tahun ini. Kepada yang lupa dan tak tahu, sampai-sampaikanlah pesanan. Buat yang leka, kejutkan dengan "salam ingatan". Ayuh mulakan penghijrahan walaupun kecil (contoh: mengingatkan sesama kita kemuliaan peristiwa Hijrah/ Awal Muharram). Mudah-mudahan Allah menerima Hijrah Kita ;)
**yang baik itu hanya datang dari Allah SWT...dan yang kurang itu adalah dari hamba Allah yang lemah ini..Ampun maaf jika tersilap salah...peaceee!!!
.
kredit to prohafiz.com
selamat mnyambut maal hijrah.....=D
ReplyDeleteselamat mnyambut maal hijrah gak..semoga amaln kita diberkati ;)
ReplyDelete