Friday, December 31, 2010

Sebab2 kenapa aku xnak perempuan cantik??- Part 1

Sempena tahun baru ni, aku nk ceritakan korang satu cerita yang aku pernah alami tahun 2010 ni. Benda ni berlaku masa aku nak masuk sem 2 . Aku ingat lagi. Time tu aku baru pas cucuk duit kat Maybank Dataran Pahlawan, Melaka..Sebab tu aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa, pakai skirt, gebu-gebu, rambut ikal2, nampak tali halussss, kasut tinggi melampau n perasan model. Aku dengan kawan aku pergi la saja jalan-jalan pusing Melaka. Hujung minggu kan..dah penat bejalan, so lepak la makan kat Nasi lemak antarabangsa kat atas Dataran Pahlawan. Perghhh,, bapak mahal siall!!..sedap lagi, nasik lemak awek cute ngan mak dye jual kat medan selera Bukit beruang tuh..Sekali makan 8 hengget. Tak bebaloi langsung.

Dah makan, frust ngan harga nasik lemak yang tak bebaloi ngan harga tuh, aku cakap ngan member aku nak gi bayar parking kat machine parking. So, aku pun gerak, member aku semua tunggu kat depan Nasi Lemak Antrabangsa tuh. Yang follow aku, 3 orang jer. Pape, kitorang memang salu kelua sesama. Kete yang aku sewa tuh, kat tempat parking Mahkota Parade. So seberang jalan Dataran Pahlawan jer. Jadi, aku pun pi ler sesorang.

Adoiiii..ramai la plak. so terpaksa la bebaris panjang. lebih kurang 15 minit jugak la nak menunggu punya pasal, so, turn aku plak nak membayar. 5 hengget parking?? Bapak ahh..Aeni aku kelua macam kene klua duit banyak plak...Aku blah dari mesin tuh, n duk tenung jer kad yang dah dibayar tu..tetiba.."HALLLOOO".. itulah suara yang aku dok dengar..ada orang panggil aku ker?? Ish awek mane plak ni..sekali pandang..aku tengok bawah dulu..perghhhhhh!!! blink2 mata aku...

Ternganga mulut aku..tak leh nak kata apa...Dengan heels tingginya, skirt pendek kaler pink, baju nampak tali bra, dengan paras dada ditutpi rambut yang ikal mayang..ermmmm...


Sekali lagi dia kata "Hello"..dengan manjanya..
Dengan kemachoan,kegentelan aku terik nafas diam2 n jawab "Hi" dengan sengih2 segan...

Dia pun wat muka comel pulak..basah dah aku rasa..hahaha.. "Boleh tolong I tak, kad I tak leh detect la..I hope u can help me"

Aku dengan pantasnya, "Yeke, meh I tolong tengok kan." sambil memegang kad ditangan yang gebu itu. Melekat bau minyak wangi kat kad parking tuh. Semerbak dowh..

Inilah chance aku nak tunjukkan aku punya skill. Akupun setuju nak tolong.

"lol, patutla xleh detect, U letak kad U terbalik la. Sepatutnya macam ni" kata aku dengan bangga nya menunjukkan cara tu.

"Really!!!! me wrong la..Thanks yahh..By the way, I'm Intan Marlia"" Sambil dia menghulurkan tangan yang gebu itu bersalaman mengucapkan tanda terima kasih. Makin basah dah aku rasa.

"Perghhh!! cantiknya nama U, macam orang nya gak" sambil gelak sinis..

"If U dont mind, temankan I jalan2 jap." Dalam hati aku, aduhhh,,berbunga2 jer dalam hati ni. Almaklumlah, kita ni bukan la dari golongan2 handsome macam Khairul Fahmi pun, boleh kenal ngan model boleh OKler kan.. Dengan bangganyer aku teman dia g shopping . Aku dah tak ingat member aku dah. Tiket yang aku dah bayar ni, tak tahu lak pe citer nya. Yang penting, aku dapat jejalan ngan awek ni. Dah lebih 35 minit gak bejalan2 pusing Dataran Pahlawan, dah puas aku dengar cerita dia. Dia kata, dia dari Singapura, datng nak shooting untuk Modelling, so dia bagi aku business card dia. Tetiba tengah jalan2 tadi, dia de cakap "I suka orang cam U, suka tolong orang, for sure Family I suka U". Berterbangan burung2 dalam hati aku, siap nyanyi2 lagi bila dia keluar ayat2 manis camni.

Aku : "Intan, not everyday I have the pleasure to meet a women as beautiful as you and how I admire you softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better. But, I have to go now. My friends waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call U and threat you dinner someday..I hope U dont mind.."

Tetiber power lak aku speaking camni..

Intan :: "Oh..cepatnyer..Ok2 xpe2..This is my card..papehal U can call me later ya..bye. take care". Sambil dia melambai2 dan terkebil2 melihat aku rush nak balik..
Aku pun blah dari situ sambil melambai dia dengan senyuman yang paling macho pernah aku wat..Tak sabar aku nak story kat member2 aku, pe yang aku jumper tadi..Tengah2 aku berlari nk ke tempat Nasi Lemak Antarabangsa tadi, terserempak plak dengan member2 aku hisap rokok kat tangga situ. Aku senyum dengan bangganya.

Bukan main hot agi diorang duk menunggu. Aku tengok bape puntung rokok da diorang hisap. Tapi, aku tak kisah,. AKu pun dok cerita lah kat diaorang apasal aku lambat..

Bila aku story ngan diorang..diorang boleh plak terbahak2 gelak kat aku. Tak apa, aku pun cakap, "Kalo tak caya jom ikut aku g masuk dalam."

Bila masuk je dalam shopping complex, mata ku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha, akhirnya, aku jumpa jugak. Dia tengah memilih skirt yang sesuai untuknya. Aku pun sound la member aku..

AKU : "Haaaa,,,tu dia. Yang pakai skirt, rambut curl tuh. cun kan, huh!! aku dah cakap, korang tak nk caya."

Member : " Hah, tipu lah..tegur ler sial, aku nak tengok betul tak betul..ko ni kan penyakit skit. "

AKU : "Ok, jap..Kita dekat sikit ngan dia"

Sambil jalan2, lalu sebelah dia, aku pun tegur ler dia tuh dengan selamber~~ " Hi Intan", sekali....

Dia tengok member2 aku..dia menjeling..Perghhh!!! Mata cam nk tekeluar..Sombong!!!..Dia boleh plak tarik muka kat aku. Macam aku tak kenal dia..Bleh plak camtu dia buat aku, aku pun tak reti nak cakap apa. Member2 aku sume pakat gelak ramai2 kat aku kat situ.

" Kenal la konon, setakat muka cam ko ni, Bepuluh dia boleh carik taw. Dah2 la berangan mat." Aku pun tak tahu nak cakap apa. Aku biarkan member aku semua gelak kan aku. Blurr~~

Ade ke patut, sanggup perempuan macam tu wat aku cam ni. Tak reti aku nak describe pompuan jenis apa camtu. Aku harap korang semua pernah lalui apa yang aku lalui.. Sumpah!! aku betul2 tak paham.. Adakah semua perempuan cantik macam ni??

Mungkin kot..Aku dah mula berfikiran negatif.Tapi aku still BODOH..sebab pa? Aku suka kat dia n still pikir dia baik kat aku.

Aku rasa mungkin ada sebab dia buat camtu kat aku. Bila aku tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blurr~~

Makin lama aku tenung dia bila makin jauh, makin berubah plak muka dia. Macam tak puas hati plak...Serius, aku tak pahammmmmm..


bedebukkkkkkkk!!!!

Dengan kuasa ALLAH yang maha adil,dia terjatuh..Habis semua shopping bag dia terjatuh dan berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit kesakitan...

arghhhhhh!!!!!!!

-to be continue part 2-

6 comments:

  1. alahai...
    ciannya awk !keh3..
    tapi..amboi..sombongnya awek tu..
    sy yg pmpn ni rase mcm nak terajang pown ade..
    bajet giler mcm cipan !huh..

    tak sabar nak tau ape yg tjadi kt pmpn tu..
    rasenye mcm tsingkap jek skirt dia....??hohoho

    ReplyDelete
  2. boleh gelak ke tak ni? heh~
    laaaa...org mlaka upenye...

    ReplyDelete
  3. msg2 ade kekurangan. tak semestinya lua cntik dlm pun cntik kan. hehe

    ReplyDelete
  4. alahaiii..
    ciannyer kat si dia nie...
    cepat2 smbg cite..hehe

    ReplyDelete
  5. wah....syok giler....malang utk ko..

    ReplyDelete
  6. korang tak bace abes lagiii..de part 2... ;)

    ReplyDelete