Pada 12/12/2010 (Ahad), berlangsung penutupan Showcase Satu Daerah Satu Industri. Ia telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 10,11,12 Disember. So, aku suka pergi last minit. Pukul 6 camtu aku baru pergi showcase tersebut. Sebab apa?? Mana taw ade barang borong...hahaha.. Ok2..back to topic, SDSI adalah acara tahunan dimana semua wakil dari seluruh negeri wajib menghantar dan mempromosikan produk negeri masing2.
Selain itu, masyarakat tempatan boleh datang untuk belajar, serta mengetahui cara hidup suku kaum dari setiap negeri. Selain dari produk makanan, terdapat pelbagai lagi hasil yang di promosikan. Sebagai contoh, produk2 kesihatan, makanan2 popular setiap negeri, kain2, buah-buahan, home stay dan pelbagai lagi. Terdapat 13 negeri yang mengambil bahagian dan beberapa pihak yang berkaitan seperti MOE,SIRIM,FELDA dan macam2 lagi turut terlibat serta bertanggungjawab bagi menjayakan event ni.
Selain dari kegiatan perniagaan, terdapat juga seminar2 tentang produk, specially produk kesihatan, promosi2 tentang produk masing2, pameran, persembahan kebudayaan dari negeri masing2.
Disini, aku sertakan beberapa gambar yang aku sempat ambik. Banyak sangat gambar, so aku ambik yang pentiong and yang intresting jer.. ;)
Pintu masuk MITC (Melaka Trade International Centre)
Banner SDSI di pintu masuk MITC
Logo SDSI yang sangat Menyerlah dipintu masuk.
Sticker dibagi sebelum masuk..Aku orang yang ke-49496 masuk SDSI ni.
--------------------------------------------------
Booth Kraftangan
Masuk je Main Hall pintu gerbang Kraftangan terserlah Indah..So, masuk kat dalam. Salah satu kraftangan yang jojes ukiran kayu ni.
So, try la wat ukiran sikit..Belajar,mane taw timbul minat ;)
Jeng2..hasilnya..wakakaka (acah jer) Aku pun tak terpikir mcm mane dye ukir netang ni..hmm
awesome!!!
Ni adalah kasut manik..sesuai untuk awek2 nak pegi beraya..
Nice rite??
Oleh kerana tema blog aku hijau..so aku kredit kat kasut manik ni ;)
Antara kraftangan lain..Pasu tanah liat
Lagi..pasu tanah liat yang telah dicat dan dijadikan lampu perhiasan..
-----------------------------------------------------
Booth Sarawak
Oleh kerana aku ni Sarawakian, aku fokus and amik gambar banyak kat booth Sarawak, coz booth Sarawak mempunyai konsep yang cantek dan terlalu meriah dengan orang ramai. Booth Sarawak dihappenning kan lagi dengan tarian dari etnik sarawak serta ade orang bergendang. Kalo nenek aku suka sangat kalo ade orang bergendang. Sure dye berjoget. Selain itu, barang panas kat booth Sarawak ni, Kek Lapis Sarawak, yang macam goreng pisang je jual, cepat sangat abis, tebaloi, sagu, lada hitam, ikan terubok masin, produk2 kraftangan cam pua kumbu, terabai dan macam2 lagi. Puas hati bila jumpa awek kat situ.. ;)
Ni awek sarawak yang aku sempat date..Aku ambik gambar FREE ok!! Orang lain amik gambar bayar 5rm..hehehe
Bila aku tengok Telur terubuk ni, terliur je, lapo dah perut. Pepon korang patut rasa Telur Terubok Masin ini, kerana rasa dye walllaaaaaaahhhhhhh!!!!!!
Souvenir yang korang boleh dapat pada booth sarawak..Keychain ade, gelang2, and macam2 de.
Time ni aku bukan pose je k..Aku promote pua kumbu yang ade kat leher aku tuh...
PURE PUA KUMBU!! (100% Handmade)
-----------------------------------------------------
Barang2 SDSI promosi yang aku anggap sangat CUTE!!
Patung Bear tapi bukan bulu2, tapi pakai kain songket Terengganu.
Capal saiz tapak tangan dijumpai di Booth Johor.
Sah2 lambang dah tahu datang dari mane kan.. ;)
Rehal Al-Quran terkecil diperbuat dari peuter/tembaga. Booth Kelantan
--------------------------------------------------------
Aku datang lambat, so tak banyak la dapat aku kongsikan, sepatutnya datang kul 3 camtu. Ni je tatapan yang aku sempat buat. Booth lain bukan aku saje x amik, tapi banyak yang dah biasa ditenbgok and banyak dah tutup. So, masa majlis penutupan tersebut, aku sempat tengok acara tu, Juara keseluruhan adalah Negeri Kedah. Dapat baucer RM 250K, then tempat pertama kategori makanan (baucer 5000rm), tempat ketiga kategori minuman (baucer 3000rm), dan Tempat kedua kategeri pe ntah (baucer 4000rm).. Menang besar!!!
p/s :: Dari event ni, selain dari kenyang makan dan minum FREE, ia amat berguna untuk kita belajar serta mengetahui produk2 yang dihasilkan oleh negeri2 serata Malaysia.Selain mengetahui produk, kita dapat mengenali, cara hidup serta kebudayaan2 yang terdapat di sesebuah negeri. Pada pendpat aku, produk2 Malaysia amat berpotensi untuk dieksport ke luar negara jika diusahakan secara meluas. Yang aku nampak SDSI kali ini mengetenggahkan makanan2 tradisi,produk2 kesihatan,kraftangan, kebudayaan serta keistimewaan sesebuah negeri dan dikumpulkan dibawah satu bumbung untuk menunjukkan keharmonian serta keistimewaan yang ada pada Malaysia.Semoga acara sebegini akan sentiasa ada bagi mempromosikan 1Malaysia serta menarik minat golongan muda sekarang untuk mengusahakan produk2 ini pada masa akan datang.. ;)
No comments:
Post a Comment